Selamat datang, Sekilas Pandangan

Sekilas Pandangan,Menuju Kompas Ilahi

Selamat Datang

Mencari KeredhaanNya, Menyusuri Kompas Ilahi

PERUTUSAN

Assalamualaikum warahmatullah, selawat dan salam kepada rasul junjungan mulia, pembawa khabar gembira, bermulanya sesi baru persekolahan tahun 2011 bermakna bermulanya lipatan sejarah baru, segala perancangan yang lalu, pengalaman yang lalu, kepayahan yang lalu , kekecewaan yang lalu adalah guru yang mencorak pandangan dan pendekatan baru untuk memeta perjalanan gamitan IPT. Pelajar-pelajar PPU tahun 2011 adalah amanah dan tanggungjawab kita. Kerenah yang tidak matang, tumpuan hanya di hujung jari sahaja adalah suatu hakikat yang kita sebagai warga kerja PPU harus telan bulat-bulat. Kita sebagai warga pendidik perlu memberi peluang, ruang, inpit-input berguna serta kaedah pemarkahan yang betul, berbincang tentang kekuatan dan kelemahan serta mendorong pelajar meneroka ilmu di halaman maya. Kita tidak seharusnya gusar sehingga tahap kegusaran itu mencapai tahap icu, sebaliknya kita perlu optimist dan menerima bahawa mereka lah pelajar-pelajar PPU yang menjadi amanah, bukannya beban yang digalas sebaliknya amanah yang dipegang dengan penuh komitmen. Justeru saya mengharapkan agar bahtera yang sedang kita layari ini, dan saya sebagai nakhoda memeta perjalanan Telanai menuju kompas dan gamitan IPT disokong, dipadu dengan kerja buat yang tersusun baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Setiap guru yang diberi tanggunghjawab perlu memikul tanggungjawab dan tidak berlepas tangan kepada mana-mana rakan guru. Penyediaan bahan P&P haruslah kemas, dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab. selain itu juga rakan-rakan pendidik juga diharapkan agar meningkatkann tahap profesionalisme keguruan dengan menghadiri kursus yang seharusnya dihadiri, meningkatkan kecekapan dan pengetahuan yang mendalam terhadap subjek yang diajar kerana kita berdepan dengan pelajar yang dewasa pemikirannya yang gtahu menilai keupayaan kita, yang barangkali meminta kaum keluarga dan kenalan taulan memeriksa skrip peperiksaan yang diberi. Kita sebagai warga guru perlu melihat situasi ini dari sudut positif agar kita dapat berubah dan keluar dari kepompong keselesaan. Akhir kata saya yakin dan percaya semua warga pendidik PPU akan memberikan segala kerjasama, komitmen baik dalam P&P mahupun di arena kokurikulum agar dapat melihat kemenjadian dan keberhasilan pelajar-pelajar PPU kita menjejak kaki dan meletakkan diri mereka sebagai siswa dan siwi universiti. Wassalam..